Saturday, July 6, 2013

Mane ada Ulama Maksum.


Sejuk dan realistik tintanya, layak diukir dengan emas termahal dunia. Kata Prof. Syeikh Dr.Yusuf Al-Qhadarawi.

"Sesungguhnya orang-orang yang menjatuhkan nama-nama ulama' besar kerana sebahagian kesalahan mereka lakukan, "bukanlah" orang yang "adil" dalam bersikap".

Sebab?

Mereka menuntut kemaksuman daripada orang yang tidak maksum.

(Mengharapkan memang tak pernah salah kepada orang yang memang akan ada kesalahan)

Di mana ada penunggang kuda yang tak pernah jatuh?

Di mana ada pedang yang tak pernah tumpul?

Di mana ada bendera yang terus berkibar?

Kitapun tidak sempurna, bagaimana kita menghrapkan orang lain sempurna?

Kitapun banyak silap, bagaimana kita terus-terusan mencaci-maki salah silap orang lain?

Lebih-lebih lagi mengutuk para ulama' Terdahulu.

Kata Syeikh Al-Qadharawi lagi,

"Kami tidak memasukkan golongan yang memaksumkan dan menganggap tiada kesalahan langsung pada semua karya lama, sebagaimana kami juga bukan golongan yang sama sekali tidak menghargai karya-karya para ulama'

Bukan kerana karya-karya mereka dianggap usang tetapi kami harus memiliki daya seleksi dan memilih.

Ertinya, kami menuntut untuk mengambil manfaat yang sebesar-besarnya daripada karya-karya lama, iaitu dengan penuh kesedaran. Sebab kesedaranlah yang mampu membezakan antara yang baik dan tidak baik."

Namun, menghormati karya-karya lama tidak menghalang ulama' besar ini berijtihad dan berbeza dengna ulama-ulama besar kesayangnnya. Penuh akhlak dan adab.

Memang begitulah, tabiat dunia Fiqih sampai bila-bila, teguh dengan prinsip, fleksibel pada perkara Furuiyyah/Khilafiyyah.


Mudah bukan?

-SayeSukeBelajarKeranaAllah-

Credit to: Fatimah Syarha Bt Hj. Mohd Noordin


No comments: