"Sapa kau?"
"Aku manusia . Manusia biasa "
"Kau hebat bukan ? Kau manusia luar biasa yang aku pernah jumpa dulu"
"Aku hebat hanya di mata manusia . Di mata Allah ? Aku manusia yang penuh dosa"
Hati sebak .
"Kau tahu bagaimana nak jadi hebat di mata Allah?"
"Bagaimana?"
"Beramal , Berubah , Istiqamah hanya kerana Allah . Bukan kerana manusia semata-mata"
Tunduk . Menangis .
"Aku Jahil . Aku masih jahil . Tolong aku untuk berubah . "
Makin teresak .
"Kau masih ada masa untuk berubah . Jadi manusia lebih berguna kepada diri dan manusia. kau tahu kenapa Allah hidupkan kau lagi?"
Angkat kepala.
"Allah nak kau bertaubat. Allah nak kau berubah. Allah nak kau jadi umat Rasulullah yang tulus."
Tunduk semula . Kesat air mata .
"Aku sayang kau Sahabat "
Peluk .
No comments:
Post a Comment