"Salam Alayk ya Ukhti ! Boleh ukhti terang sedikit cabaran menjadi seorang daie?"
--------------------------------------------------------------------------------------
"There is no success without sacrificeNo sacrifice without a fight" -AkuFaizin
Apa itu daie?
Daie bukan sekadar nama, tetapi satu amanah yang Allah kurniakan kepada setiap yang bergelar insan. Tidak digelar Daie sekiranya perjuangan dihampar dengan kesenangan dan tiada kesulitan yang dilalui. Itulah yang dirasakan oleh pemuda yang bernama Jihad.
Tetapi, biasalah manusia. Iman turun naik, goyah belaka. Pabila syaitan berjaya menghasut kita, pasti hati kita akan bergolak untuk melakukan dosa. Right? So, kita sebagai hamba Allah, Umat Rasulullah, kita sepatutnya menjadikan Al-Quran dan As-sunnah sebagai pedoman hidup.
"Setiap kali bangun pagi, kita kena fikir apa yang kita boleh buat dan yang tak boleh buat. Kita rujuk Al-Quran, Allah bagi ke tidak. Kalau Allah tak bagi, jangan buat. Baru hidup sentiasa tenang dan diredhai"-My Beloved Atok
Bukan mudah untuk membawa sesuatu yang asing kepada masyarakat. Lebih mencabar apabila kefahaman yang dibawanya bertentangan dengan agama yang sudah diamalkan sejak turun-temurun. Betul tak?
Kita juga sering dengar, hati manusia akan lembut apabila mendengar kata-kata yang lembut. Moh kita menjadi seorang yang berkata sopan ! Pasti susah dihasut syaitan. InsyaAllah.
"Aku geram ah dengan mamat sorang tu". Sambil menguis-nguis tanah.
"Eh kenapa? Kau geram apa dengan dia?". Berubah riak muka.
"Mulut macam ape je. Aku sumbat cabai baru tau. Nak tegur, tegur ah elok-elok. Ni tak, main tengking-tengking ! Sape nak dengar. Ish". Muka geram.
"Oh. Rilek la brader. Kau geram kan? Ape kate kau berdoa, supaya kau tak jadi macam dia? Kau berdoa supaya dia berubah. Kitakan Daie. Mane boleh terasa." heh.
"Yeke? Aku takut gak aku jadi mcm dia. Hmm" tunduk.
"Don't worry. kau kan gentle. haha" . Ketawa kecil.
Senyum. Tepuk bahu. Sambung study.
ilalliqa' Ma'assalamah !
No comments:
Post a Comment