![]() |
AkuuFaizin |
"Salam Alayk ya Ukhti ! Saya nak pakai minyak wangi boleh?"
---------------------------------------------------------------------------------
"Sesiapa wanita yang memakai wangian, lalu ia berjalan di hadapan sekelompok manusia agar mereka dapat mencium bau wangiannya, wanita itu mendapat dosa zina".
(Riwayat Tarmizi dan Ahmad)
Memang benar islam suka kepada suci dan wangi, tetapi tu bukanlah bermakna kita bebas mengenakan wangian sehingga menarik perhatian orang lain. Dalam islam, minyak wangi dipakai untuk menghilangkan bau busuk selain memberikan kesegaran kepada empunya badan. Perkara ini pada asalnya harus, tetapi masih terikat dengan beberapa adab.
Boleh je nak pakai minyak wangi sebotol. Ikut keadaan dan masa. Jika sampai menusuk hidung orang yang membaunya, harus dielakkan memakai minyak wangi terlalu banyak. Okey?
Kekadang, ana pun rasa macam nak hentak je orang yang pakai minyak wangi banyak-banyak ni. Buat sakit hidung je. Tak kira lelaki dan perempuan. Sama saja. Ken? Kita boleh berubah kan. Jom berubah ke arah kebaikan !
Hati-hati dalam berhias. Niatkan berpakaian dan berhias adalah untuk menjaga syariat Allah dan tidak berlebihan. Kita bukan sahaja ingin menjaga kepentingan peribadi, tetapi masyarakat umumnya.
Islam bukan agama Antisosial, Tetapi Antizina !
----------------------------------------------------------------------------------------------
"Weh, awek cun lalu."
Tarik nafas dalam-dalam.
"Pergh! Wangi bhaiii. Jom takel die nak?"
"Kau pergilah sengsorang. Aku tak rasa pun dia wangi untuk aku."
Beredar.
Heartless.
"Cisss".
Ilalliqa' Ma'assalamah !
No comments:
Post a Comment