Berjalan menuju ke kafe. Seorang diri. Pakai seluar slek. Baju blaus merah. Tudung bawal warna ala-ala peach. Contra. tapi cun. Rare gitu. Beg sandang polka dot hitam putih. Seluk poket. Keluarkan telefon bimbit.
Mesej masuk.
Aku nak jumpa kau dalam 10 minit lagi.
Cepatlah. Aku dah lama sampai. [BOB]
Oh yeke? Sorry. Aku on the way.
Duduk di meja bersebelahan dengan pak cik tua. Bawah kipas. Order bihun sup, milo ais.
***
"Sorry lambat". Hulur tangan. Senyum.
"Its okey. Assalamualaikum". Sambut huluran. Balas senyuman.
"Waalakumsalam." Sengih.
"Aku tipu jeh tadi. Masa kau mesej tu, aku baru sampai."
Dia mencebik.
"Aku tau. Kau nak cakap apa ni?".
"Aku nak cakap sesuatu.".
"Cakap lah." Kerut dahinya.
"Kau sayang aku?".
"Soalan ape kau bagi ni?". Muka pelik.
Gelak.
***
Terkadang, aku berfikir kenapa orang akan bertanya 'kenapa kau sayang aku eh?'. Itu soalan yang paling susah aku rasa. Aku pun tak tahu kenapa aku sayangkan seseorang itu. aku hanya percaya, Allah telah takdirkan aku untuk menyayangi seseorang. Mengikut sunnah.
***
"Kau rindu Rasulullah?"
"Kalau tak rindu itu, pelik."
"Asal pulak? Aku tengok ada je orang memperlekehkan Baginda."
"Memperlekehkan cemana tu?".
"Manusia. Dia kata, dia rindu Allah. Tapi dia tak buat apa yang Allah suruh. Dia suka buat apa yang Allah larang. Dia kata, dia rindu Rasulullah. Tapi satu sunnah pun dia tak istiqamah lakukan.".
"Oh begitu. Weh, nak tau? Rasulullah itu sangat rindukan kita." Senyum.
"Itu aku tau.". Garu kepala.
"Rasulullah sangat rindu akan ummatnya. Ummat yang Baginda tak pernah jumpa. Kau nak tau? Masa ummatnya hendak merentasi titian siratulmustaqim, Rasulullah akan tunggu sehingga semua ummatnya berjaya lalui. Rasulullah sentiasa berdoa, agar kita semua berjaya merentasi titian tersebut. Kau tau apa yang hebat nya Baginda?"
"Apa?"
"Walaupun baginda dah sah-sah masuk syurga. Tetap Baginda tunggu kita untuk digenggam tangan masuk ke syurga bersama.". Sebak. Aku yang bercerita, aku berasa sebak. Rindunya Aku dengan Rasulullah.
"Point?".
"Kau. Jangan jadi macam orang lain. Kau nak masuk syurga, kau buat semuanya kerana Yang Maha Esa. Tugas kita, menarik mereka, memimpin tangan ke syurga.".
Nangis.
"Aku cuba". Sungguh kental hatinya.
Dia tidak mengangis, bukan bermakna dia ego. Tetapi dia simpan kesedihan itu di dalam hati.
'Aku faham perasaan kau.'.
***
Moga Rasulullah tetap dihati.
Bersama mencapai syurga Ilahi.
Janji Allah itu pasti.
InsyaAllah kita jumpa di sana nanti.
Biiznillah.