Tuesday, March 25, 2014

Percayakan Dia

Kerling jam tangan. Menantikan keputusan SPM diumumkan.

'Fuh, ketaq kaki'. Bisik hati.

Muka buat-buat tak risau. Dalam hati mengalahkan orang nak bersalin. Menggeletar tubuh. Mendengar ceritara kawan-kawan pulang PLKN. Dengar tak dengar. Hati gelisah. Otak berkecamuk memikirkan result yang bakal digenggam. Adakah cemerlang atau tidak. Mata melilau melihat keadaan sekeliling.

Dalam perjalanan ke dewan, terserempak dengan junior.

"Akak, 11A+ !". Katanya dengan bersemangat.

"Akak tak yakin pon straight A.Serious . Belajar pun main-main". Senyum.

"Jangan cakap macam tu, ingat je. Allah akan bagi yang terbaik untuk kita. InsyaAllah". Senyum.

"InsyaAllah.".

Saya teruskan perjalanan.

***

Tibalah saat yang dinantikan. Pengumuman keputusan pelajar cemerlang SPM 2013.

Masa cikgu ebut 7A, berharap gak nama disebut. Dah habis 7A, .... Putus harapan...

Dalam hati, 'InsyaAllah, Allah bagi yang terbaik'. Pujuk hati.

'Kalau 7A pun saya tak dapat, apatah lagi 8A, 9A, 10A, 11A pun sorang jeh'.

"Perhatian, para ibu bapa boleh mengambil slip peperiksaan anak-anak anda di meja guru kelas masing-masing".

***

Sampai giliran saya mengambil keputusan di meja cikgu.

Senyum.

Nama saya tertera atas sekali. Dah nampak berapa A. Serious punah harapan. Bukan seperti yang saya impikan. Dah habis urusan. Salam cikgu. Beredar.

Melihat gelagat pelajar cemerlang.

Pegang slip. Tenung slip.

'Dapat Universiti mana je dengan result yang teruk macam ni.' Mengomel sendirian.

Perasaan bercampur-baur. Terlintas wajah umi ayah. Memikirkan jalan untuk memberitahu keputusan yang mendukacitakn itu.

***

Ke pejabat dengan pelajar cemerlang. Untuk berjumpa dengan guru-guru yang berjasa. Seusai berjumpa mereka, keluar bilik guru. Hati masih punah ranah. Tahap nak terjun matahari. Speechless.

Dalam perjalanan nak ke tangga. Ternampak rakan karib. Salah seorang pelajar cemerlang. Berlari ke arah dia.

"Mirahhhh".

Peluk dia. Saya menangis. Teresak.

"Result saya teruk mirah. Apa saya nak buat. Umi ayah mesti marah saya. Macam mana masa depan saya."

Saya teriak. Nasib baik masa tu tak ada orang.

"Kau dapat berapa?". Tanya dia.

"Sikit je. *A...." Terus menangis dipelukan mirah.

"Okey lah tu! Apa yang tak okey ! daripada tak ada langsung ! Kau dah buat yang terbaik.".

"Saya nak pergi mana je mirah? Dengan result yang teruk mcmni?".

"Weh, Rezeki itu milik Allah. Kau tau tak, Allah sedang perhatikan kau? Masa ni kau akan ingat Allah. Tak semestinya orang yang straight A tu tengah ingat Allah sekarang. Kau percayakan ketentuan Allah, kau mesti akan berjaya kelak. Kita tak tau masa depan kita mcm mana. Kau jangan risau eh. InsyaAllah umi ayah kau tak marah.". Terus menerus dia berikan saya semangat.

Kesat air mata. Even tak cukup kain nak lap. Kesat juga.

"Reda sikit hati ini rasa". Sengih.

"Ingat apa aku cakap." katanya.

Angguk.

***

SPM bukan penentu kehidupan. Tapi teruskan berdoa agar kita dikurniakan kehidupan yang lebih baik selepas ini. Belajar daripada kesilapan.

Pesanan ikhlas daripada saya untuk calon SPM 2014 dan seterusnya,

"Belajar rajin-rajin. KeranaNya. Jangan putus asa. Teruskan usaha. Keep it up. Moga Allah redha".