Tuesday, May 6, 2014

Muhasabah Diri

[ Credit : Google ]
Muhasabah diri. 

Akan tiba satu hari ini, kita akan mempunyai seorang kawan yang menyakitkan hati.

Bukan sekarang. Suatu hari nanti.

Bukan sebab kita tak doa minta dikurniakan kawan yang baik-baik.

Itu petanda Allah nak kita beringat supaya tak terlampau confident sampaikan kewujudan manusia annoyed macam tu pun kita tak sedar.

Itu tugas kita nasihat dia.

"Do your best and Allah will do the rest". -Abg Badr.

***

Saya pernah mempunyai kawan yang suka memberontak, yang suka ikut kepala sendiri, yang suka menyakitkan hati, yang suka ikut emosi, yang suka menyepi dan sebagainya. 

Saya juga pernah jadi seperti mereka. 

Dalam masa yang sama, saya sedar bahawa kawan saya pasti rasa annoyed dengan sikap saya. 

Masa itulah saya akan berubah.

Tak paksa untuk berubah serta merta. Tapi berubahlah secara beransur-ansur. 

Itu mungkin lebih baik. 

Sebab, ada orang apabila dia berubah secara drastik. Dia susah nak menerima perubahan akan datang. 

Maka, berubah lah secara perlahan-lahan. 

Biasalah, iman manusia itukan turun dan naik.

"The road is Long, Hard and sometimes you should walk on Broken Glass. Be patient, Let Quran and Sunnah be your map and set your destination to Jannah".
 InsyaAllah. 

***

Kadang kala kita terlupa siapa diri kita. 

Kita terlalu melayan keasyikan duniawi sehingga melupakan ukhrawi. 

Kita selalu mencari Dia saat kita susah. 

Kita selalu lupa saat kita senang. 

Cliche. 

Itulah hakikat dunia. 

Masa hidup kita susah, merungut kerana kita tak senang macam orang lain. 

Masa kita senang, kita lupa orang yang susah. Kita lupa siapa yang memberikan kesenangan kepada kita. 

Lupa daratan. 

Hidup ini sementara. Mudahkan hidup dengan mengikut jalan yang benar. 

Susahnya hidup jika kita sering memberontak. 

Dunia ini hanya sementara. 

"You are not loser unless you lose faith in Allah."
***

Saya juga sering terleka dengan kesenangan duniawi. 

Sering terlupa untuk menambahkan amal ibadat untuk ukhrawi. 

Setiap amalan dihitung biarpun sebesar biji sawi. 

Juga setiap manusia yang aku kenali.

"Nak kembalikan Islam, Back to Basic."

Saya Sokong Hudud !

Akuufaizin.
6 Mei 2014.
23:42 p.m.

No comments: