Friday, April 11, 2014

Kawan ?


Bismillahirrahmanirrahim.

Bersahabatlah seperti jari. 


Seusai membaca Al-Kahfi. Tadabbur terjemahan seketika.

Letak Al-Quran di tempat tertinggi.

Duduk atas katil. Tengok handphone. Macam biasa. Apps Fesbuk ditekan.

2 Unread message.

'Budak ni lagi. Haish. Tak friend pun still boleh message. Takde kerja lain ke nak buat?'. Ngomel sendirian.

Dia kawan. Kawan? Kalau kawan, mana ada asyik merungut kita ni teruk la, apa la, itula, inila. Ada saja benda yang tak puas hati tentang diri kita.

Mengaku jugak lah kawan. Saya bukan jenis yang kejam tak nak mengaku dia kawan, even diri ini tahu dia seorang yang suka merungut tentang kelemahan diri yang takdelah besar mana pun. Cuma, nak approve kat Fesbuk tu, macam susah sikit.

Eleh, fesbuk je pun.

Eh, Ingat fesbuk tak perlu ada Privacy ka? Lagi-lagi saya rasa macam fesbuk nowadays makin Open. Open sangat sampai orang lain sebuk nak kecoh hal yang tak ada kaitan dengan hidup dia. Haish.

***

Saya bukan jenis yang bergaul.

Bergaul ce mana tu? 

Bergaul like, make a group of friends. Erti kata lain, 'Geng'.

Eh, bukan ke geng tu lagi bagus ke? Dapat merapatkan ukhuwah.


[ Credit Google ]

Ada pro dan conts

Pro dia, bila kita dalam satu geng senang nak mengadu dengan kawan jika kita kena denda or anyhting else yang perlu utk kita mengadu. Pro jugak bila kita susah, senang nak cari kawan untuk membantu. Tapi kena ingat, bukan semua kawan dalam 1 geng tu boleh membantu kita masa kita susah. Pro jugak, bila nak sedekah masa tu jugak lah duit tak ada, boleh pinjamkan dari kawan. Seriously.

Ianya jadi Cont bila kita jadikan geng itu untuk memberontak. What the fish. Paling annoying jika anda jadi sebegitu. Menyakitkan diri, menyakitkan orang lain. Baik jadi diri sendiri.

Bila bergeng ni, masa tulah nak tunjuk hebat. Masa tulah nak tunjuk tanduk yang dah lama tersimpan. Masa tu jugak lah nak jadi kecoh kalah mak jemah. Cuba kalau masa tu kita sengsorang, kena pijak sikit. Fuh, semut mati kena pijak pun tak macam tu. Masa tu baru nampak kelemahan diri. Dan selalunya, orang yang bergeng masa zaman persekolahan, dia akan terkena Culture Shock.

Sebab?

Sebab, masa sekolah dulu. Tak reti nak pretend diri sendiri. Asyik mengharapkan orang lain. Tak gunakan kehebatan diri yang Allah bagi malah menjadikan ianya pekasam dalam antibodi.

Jadi, apa solusinya?

Berkawan bukan sekadar kawan. Tetapi, perlu berukhuwah. Cari kawan yang boleh membawa kita kepada kebaikan. Tak semua orang boleh jadi Sahabat. Tapi, semua orang boleh cuba untuk menjadi sahabat.

Susah? Tidak sama sekali. Memang perlu jadi diri sendiri. Tapi janganlah jadi diri sendiri sampai menyakitkan hati orang lain. We must behave ourselves.

Bukan salah Ibu bapa dan Guru sebab tak ajar kita jadi orang yang baik, tapi salahkan diri sendiri.

Ya, saya masih ingat kata-kata Dr.Tengku Asmadi semasa saya menghadiri seminar MAP beliau.

"Salah pilih kawan, salah pilih masa depan".

Bersahabat biar sampai diabetes


Memang takdir telah ditentukan oleh Allah, tak salahkan jika kita pulihkan diri? 

Pulihkan ce mana tu? 

Memilih kawan yang membawa kita ke Syurga. Kawan yang mampu menegur salah dan silap, bukan kawan yang membiarkan kita terjerumus dalam gelombang fitnah dan maksiat. Kawan bukan lawan. 

Jika kita nak kawan yang sebegitu, kita juga harus jadi sebegitu. 

"What do you want for your future, you must do it right now !". 

Semua orang berhak Mengecapi Syurga ! Berukhuwah kernaNya ! 

Sekian. Salam Alayk. :)