Thursday, April 10, 2014

Nafas

Bismillahirahmanirrahim.

Tepuk dada tanya jiwa.

Siapa saya sebenarnya?

Manusia.

Ya, Manusia. Manusia biasa. Sama macam anda dan orang lain.

Tapi. Kenapa saya rasa macam saya berada di tempat terendah. Bukan tertinggi. Sedangkan saya memeluk agama yang tertinggi Yakni Islam.

Siapa saya sebenarnya?

Terkadang, saya tertanya. Apa matlamat saya hidup di bumi ini?

Ya. Saya banyak mengkaji tentang tujuan dan matlamat kejadian saya di muka bumi ini. Tetapi, saya sering juga tertanya-tanya. Mengapa perkara sebegini terjadi?

Zappp..

***

Lamunan tergendala apabila kawan datang menerpa.

"Weh. Ape yang berkerut sangat aku tengok kau dari jauh. Macam besar sangat je benda yang kau fikirkan tu. Mind sharing with me?". Sambil angkat kedua kening.

"Nothing. Memikirkan kehidupan diri ini yang serba serbi tak kena."

"Amboi ayat. Nothing, tapi tengah berfikir. Kau nak aku ajar tak ce mana nak rileks?". Senyum.

"Rileks? Hmm. I see. Boleh jugak." Kerut lagi.

"Aku ade pergi satu kem ni. Dia ada ajar, cara bernafas dengan betul."

"Aku bernafas sekrang, tak betul ke?".

"Eh, betul. Tapi ni nak bagi kau rileks."

"Okey. Apa dia." Muka bersedia.

"Firstly, kau kena duduk tegak. Tangan kat peha." Saya mengikut apa yang dia buat.

"Then?".

"Kau tarik nafas dalam masa 2 saat. Tahan 4 saat. lepas 8 saat".

"Wah, banyak nye formula. Key kau buat dulu."

Kami sama-sama membuat nafas rileks tersebut.

Selepas 15 minit saya diajar cara bernafas dgn betul.

"Ha ! Ape kau rase skrang?"

"Cool."

"Key good. Weh. Kau jangan stress. Apa-apa, carik aku. InsyaAllah aku tolong." tepuk bahu.

"Yelah."

Dia beredar.

***

Apa yang saya kena buat sekarang ni. Dunia makin uzur. Negara makin mundur. Semakin hari, semakin saya letih memikirkan jalan keluar daripada dunia fantasi.

Saya kuat.

Legend mana Boleh putus asa.

Menghelakan nafas.

***

"Kau nak ubah dunia, kau kena ubah diri kau dulu."

Fuh. *double slap*.