Tuesday, April 8, 2014

KEM BRILIANT STUDENT SKS19

Bismillahirrahmanirrahim.

Katakan pada diri !
SAYA BRILIANT STUDENT !

Selfie Abg badr ! 

Pada 3 April. 

Kami Ampacrew telah bermalam di Ampac. Berbincang tentang Masterplan untuk Aktiviti keesokan hari. Aktiviti apa? Tu tgk tajuk. Ade Kem Briliant Student bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Seksyen 19 Shah Alam. 

Macam Wah. Macam Ape? Macam Wah !

Dari bawah . [ Intan Hanani , Kak Zuhairah , Adibah , Nabilah dan Saya ]

Abang taqi bertungkus lumus mengajar dan mendidik kami tidak lebih 24 jam. Hebat bukan?  Memberikan segala ilmu yang ada untuk kami terus menerus berterusan melancarkan program besar ini. [Besar jugaklah] .

  Bersama Abang Taqiuddin .

Pada 4 - 6 April .

Abang Taqi meluncurkan van dengan sepantas kilat untuk sampai ke destinasi dengan cepat. Cewah.

For your information, ini baru first time saya jadi Fasilitators bawah Consultant.  Consultant pulak tu, bawah AMPAC, lagi rasa macam Wah !

Moment paling best , bila kami menari lagu Tema dan Pingu Dance . Ewah . 

‘Tukar tangan muka ceria’

Dan bila korang tengok muka kitorang masa tu, serious daripada sedih terus tak sedih dan tak akan pernah sedih .  Serious. Dan bila korang mengantuk, menari Pingu Dance konfem tak mengantuk .

Tak percaya ?? Sila Cuba.


Dengan berbekalkan ilmu yang diberikan oleh Abg Taqi kami diberikan amanah yang besar iaitu menjadi Fasilitator kumpulan . [Eleh, budak Primary School je pon] . 

Bersama adik-adik.

Eh Primary School pon , ingat kesabaran itu tak perlu dipupuk ? Perlu . Lagi-lagi otak diorang still cenggitu-gitu . Perangai pun wah , Best .

Budak. 

Biasalah, ada yang comel. Ada yang terlampau manja. Ada yang cool saja. Ada yang syok sendiri saja. Ada yang bla bla bla. Fikirlah sendiri budak cemana. 

 Nak tau ? Saya dapat group lelaki. Group tu, paleng aktif dan Ya Allah, terkesima nak describe ce mana. 


Ade 9 orang adik group saya. Ini sebahagian. :)

Group Tok Kenali. Mungkiin Allah tau yang saya kuat untuk memegang adik-adik yg 'peramah' macam ni. haha.

Sebelum tu, nak perkenalkan. 

Inilah Abang Badrul Sani dan Isterinya yang tercinta Kak Raidah. [Sila tekan utk Facebook beliau] 

Sila Layari laman web Profesional Trainer . 

Alhamdulillah, dengan keizinan Allah S.W.T , saya tlah dapat banyak ilmu mengenai cara menjadi Briliant Student. Even bersama dengan pelajar sekolah rendah, input yang diberikan, boleh digunapakai untuk masa akan datang. 
  • Siapa Saya ?
  • Daily Mission 
  • VAKS 
  • T-Shirt Folding [ Itari Tarakimas ! ] 
  • Alpha Wave .
  • Aura [ by : kak Nur Zuhairah Bt Zulkapli ]
  • Ciri - ciri Pelajar Kecundang 
  • Cara membaca Tidak Mengantuk .
  • Deklarasi 
  • 7 Minit Keemasan .
  • Kekemasan Ultra .
  • Rahsia Briliant Student.
  • Membuat Jadual Dinamik
V . A . K . S

V -Visual 
A - Auditory 
K - Kinestivic 
S - Spiritual 

Ciri-ciri Pelajar Kecundang .

  • Tidak memiliki Matlamat
  • Tidak ada jadual belajar
  • Tidak pandai melihat kehebatan diri
  • Tidak minat pada Subjek.
  • Tidak berusaha bersungguh-sungguh.
" If you want to change your life, you must change your mind". Abg Badr.

Cara membaca tidak mengantuk.

  • Jangan sesekali pegang buku tanpa ada matlamat
  • Memegang pen untuk menulis.
  • Menulis sedikit nota ringkas
  • Baca, tunjuk dengan pen atau jari untuk Fokus.

Cara menghafal nota.

  • Buat peta minda
  • Bercakap depan cermin [ kalau tak ada kawan ]

"Otak kita susah nak ingat perkataan, tapi senang nak ingat gambaran."- Abg Badr

Deklarasi.

  • Saya Briliant Student
  • Saya Jaga Hubungan dengan Pencipta
  • Saya Sayang pada Ibu dan Ayah
  • Saya Hormat & Patuh pada Guru
  • Saya Rajin , Bijak & Berani menempuh cabaran.
  • Saya Briliant Student , Saya Anak yang Hebat , Saya Pelajar yang Cemerlang .
"The best Motivator is You !"- Abg badr.

Kekemasan Ultra

Dilakukan sebelum mula belajar. 

  • Pergi tempat study
  • Kemas segala yang berselerak di atas meja belajar.
  • Sediakan semua buku untuk Study dan peralatan.
  • Buat air yang sangat panas, letak atas meja. Tutup.
  • Sembur Air freshener di sekeliling tempat belajar .
  • Pergi keluar . [ 15 minit ] buat benda selain study .
  • Pergi meja balik . 
  • Mulakan belajar dengan Gembira !
P/s : Letak gadget jauh-jauh . Silent Mode . 

Rahsia Briliant Student 
  • Kestabilan Spiritual 
-Bergantung kepada Allah
-Berusaha baru tawakkal. 
-Solat mencukupi.
-Qiamulail.
  • Kestabilan Fizikal
-Cemerlang kokurikulum dan Kurikulum
-Masa main, main betul-betul.
  • Kestabilan Emosi
-Soleh dan taat. 
-Hormat ibu ayah , guru , kawan-kawan , Makhluk lain.

"Keredhaan Allah terletak kepada Keredhaan Ibu bapa". -Hadith 
  • Kestabilan Mental
-Jangan minum ais banyak.
-Tidak makan makanan ringan + jeruk .
-Makan makanan minda . Exp : Kismis .

Siapa Saya?

Mengenali kelemahan diri dan mengatasinya dengan mengubah diri.

"Its All About Your Mind".- Abg Badr
Daily Mission. 

Benda yang kita nak buat keesokan hari. Kita tulis dalam nota kecil . Setiap malam sebelum tidur. 

Contoh daily mission.

- Basuh kain.
-Sidai kain.
-Kemas rumah.
-Kemas bilik.
-Masak.
-Mandikan adik
-Baca Quran.
-Hafal 2 ayat surah Al-kahfi.
-On Fesbuk.

Setiap kali kerja itu sudah selesai, Sila potong. Seperti ini.

-Basuh kain
-Sidai kain
-Kemas rumah
-.........


"ilmu itu datang dari Allah. Apa salahnya kita berkongsi." - Abg badr.

Untuk mengetahui lebih lanjut Rahsia Briliant Student, dapatkan buku Rahsia Briliant Student di mana-mana kedai buku. 

Penginapan kami. 

Peh. tak tau nak Describe cemana. Perempuan okay. Lelaki, kesian. Allah memang menguji. 

Kami perempuan tidur di dorm. Mereka Lelaki tidur di Open Hall. Rare kot. Mana ada kem tidur kat Open hall. Berembun. Dikacau Nyamuk. Digigit nyamuk. Even berbekalkan penghalau nyamuk sekalipun, ianya tidak dapat mengahalau kedegilan nyamuk. Ceh ayat.[ Credit to : Is ] .Mereka Menggigil kesejukkan. Kesian.

Teringat juga, moment masa nak kejutkan budak-budak solat subuh dan Qiamulail.

First night,

Adik-adik perempuan terpaksa tidur di surau. Sebab hujan lebat membasahi khemah mereka. Masa nak kejutkan, memang perlukan kesabaran yang tinggi. Saya dan kak Zu bangun awal gosok gigi dan bersiap utk mengejutkan adik-adik.

Masuk surau.

Saya nak buka lampu. Kak Zu tak bagi. Penyayang orangnya. Kalau saya, dah lame jerit je suruh bangun. Its okey. Dengar cakap senior. Gerak adik-adik lelaki paling senang. Sebab adik-adik perempuan dah bising-bising dekat tepi dewan.

Petang mandi sungai.

Saya, Kak Zu dan Nabila Huda tak mandi sungai. Mula fikirkan, tak nak lah basahkan baju. At last, petang tu hujan lebat. Ada pulak khemah adik-adik lelaki ni, macam nak terbang.

Saya dan Kak Zu bergegas memasang semula khemah mereka. Bermandikan Hujan. Best. Lepas dah siap pasang, Kak Zu ajak main hujan. Kak Zu menari kegembiraan sampai tak perasan ada Abg Badr dalam kereta.. Kahkah.

Malam kedua.

Kejutkan mereka utk Qiam. Malam ni, mereka tidur di khemah masing-masing. Kak Zu kejutkan dengan suara ibu penyayang. Saya kalau boleh, nak roboh khemah tu dibuatnya. Aiseh. Nasib baik senang nak kejut. Ahah [ Credit to : kak Zu. ]

Abang Badrul , you're the Best Murabbi , Professional Trainer . Terima Kasih atas segalanya .

 This is our Murabbi.


Inilah kami sebaya. Geng Kem Elit. Wah. Really miss this moment.

Wordless. 

Yang penting, Kami nak lagi ! 

Semoga mereka beroleh kecemerlangan dalam UPSR . 5A insyaAllah . 
Gunakan tips yang diberi . Bersyukur dgn nikmat yang melipah ruah. 
Kami tak dapat apa yang anda dapat sebelum exam . 
Semoga Allah merahmati . Ameen . 

#AMPACREW . Merindui mereka . [Muka Is] 

Muka Happy Kami. Serious happy. [Muka Abg Taqi dan kak Zu] 

Thats All from me. Salam Alayk. 

 Dibawakan Khas oleh :