Monday, May 19, 2014

Dear Ummi.

Bismillahirrahmanirrahim.

Ehem. 

Bermulanya cerita sejak seorang wanita telah dilahirkan seorang ibunda yang bernama Siti Zahrah pada 19 Mei 1970. Kelahiran yang sangat menggembirakan keluarga. Sungguh comel. Pipi kemerahan seperti Aisya Humira'. Lahirnya seorang wanita solehah di muka bumi. Sudah tentu Rasulullah bangga dengan berita kelahiran seorang wanita yang bakal mencetuskan Ummah. Biiznillah. 

Hidup wanita ini, sederhana. Tidak susah sangat. Tidak kaya sangat. Budi bahasanya sungguh pekerti. Sering disukai oleh orang ramai. Tidak suka menyakitkan hati orang. Orangnya lemah lembut. Orangnya peramah. Suka bersangka baik. Bijak orangnya.

Pabila meningkat dewasa. Wanita ini telah bertemu jodohnya dengan seorang lelaki Soleh. Hidupnya bahagia. Dikurniakan cahaya mata yang comel sepertinya. 

Maka lahirlah anak-anak yang bernama :

  • 30 Oktober 1994 - Amira Nabilah bt Othman.

  • 19 Julai 1996 - Amira Azidah bt Othman.

  • 28 September 2000 - Mifzal Haikal b. Othman.

  • 21 April 2010 - Qaireen Qisya bt Othman. 
Segala keperitan dan kepayahan ditempuh oleh wanita ini. Setiap kesabaran diuji dengan kenakalan. Iman diuji dengan kepayahan. Wanita ini seorang manusia yang paling tabah pernah saya jumpa. Wanita yang terbaik pernah saya kenal. Wanita yang tidak pernah berputus asa menasihati anak-anaknya. 

Siapa wanita itu?

Tentunya Ummi saya. Ummi kesayangan saya. Ummi yang sentiasa sabar dengan kerenah, kenakalan dan keburukan perangai saya. Ummi yang tidak pernah putus asa mendidik dan membimbing saya sehingga saya besar sebegini. 

Siapa namanya?

Sabariah bt Junid. 

Kesabarannya sentiasa diuji oleh anak-anaknya. Biarpun dikecewakan oleh anak-anaknya berkali-kali, Ummi tidak pernah berkecil hati. Ummi sangat penyabar. 



***

Dear Ummi. 

I'm sorry for being stubborn daughter. I'm sorry for our fight this morning. I know it was my fault. Sorry. 

Ummi. 

Happy Birthday. May Allah bless you. May Allah makbulkan All your pray. Good Luck for your Dip.Childhood.

Allah selamatkan kamu !
Allah selamatkan kamu !
Allah selamatkan Ummi Saya !
Allah selamatkan Kamu !

Semoga sentiasa sihat. Semoga sentiasa ceria dan bersemangat. Semoga sentiasa dilimpahkan rahmat. Semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. Semoga anak-anak umi berjaya dunia dan akhirat. Semoga umi berjaya dunia dan akhirat. 

Lastly, Proud to be your daughter. hehe. I love you. 



Sincerely.

Anak Umi.


No comments: