Saturday, May 31, 2014

Orientasi KMNS.

Bismillah.


Muka macam tak ada perasaan bila masuk kolej untuk mendaftarkan diri. Cool. Tapi dalam hati bercampur baur perasaan. Tapi tak adalah bercampur macam orang nak bincang pasal kahwin. Ehh

Bila dah daftar. Prosedur senang je. Dan cepat selesai. Alhamdulillah. Senang jiwa. Tak puas hati bila time nak snap gambar kad matrik, dia tk bagi senyum nampak gigi. Tapi bila masing-masing dah dapa kad matrik, ade je yang senyum nampak gigi. Gambar teramat buruk. Seriously.

Ahh. Benda kecik pun nak jadi isu. Let it be. 

Pukul 4:30 petang 26 Mei 2014 bermulanya Hari Orientasi Pelajar Program Matrikulasi Sesi 2014/2015. 

Kena beratur setiap kali nak pergi dataran. Annoyingnya, Fasi marah-marah. Macam tak boleh cakap elok-elok. Takpe, mungkin gimik je. *Mata pandang atas* . 

Asrama saya, peh jauh. Adelah dalam 20 minit nak pergi ke blok kolej. Atas bukit. Tangga serupa tangga batu Caves. Memang, boleh kuruih. Tapi memandangkan makan pun macam ape je. Macam takde harapan nak kurus. Eheh

Key. Orientasi bermula dengan biasa dan lancar. Macam tu jelah. Dataran perpatih. Cuaca panas. Memang dugaan. Its okey, migrain tak datang menerpa. Alhamdulillah. 

Orientasi kat sini, hmmm. Tak best. Mana ada orientasi yang best. Ahh. Solat kat surau. No problem. Surau masyaAllah panas. Dugaan lagi. Speaker mcm 10 batu jauhnya. Dugaan. 

***

"Ada lecturer tu cakap, nanti hari Khamis kita ada perang".

Sorang budak Kedah ni cakap. 

"Perang? What perang? Macam marah-marah, muhasabah diri ke?"

"Eh. Tak taulah. Dengaq mcm tu je."

Muka pelik. Perang amende masa orientasi. Okey just wait and see. 

***

Masa dah dapat tau ape benda 'Perang' tu. Rasa macam, awkward gila. Its kind of game. Masa tu fikir macam ni, 

"Kejadahnya lah Game macam ni. Tak pernah dibuat orang."

Paling awkward. Games 'Cheer Wars'. Laki lawan perempuaan ikut Kluster blok memasing. Ahh. Ini semua mengarut. 


Games dia macam mana tau. Kena buat strategi macam mana nak kalahkan cheer kluster lain. Dengan menjerit jerit. Macam haram jadah. Perempuan menjerit macam langsuir. Lelaki dah macam orang hilang hala tuju. mengutuk perempuan. Menyakitkan. Saya tak tahu apa objektif Games tu dijalankan. Melepaskan stress? 

Macam tak ada cara lain nak hilangkan stress. Quran ada kan? 

Nak husnudzon pon tak boleh. Terang-terang permainan tu mengarut. Saya ingat masa latihan cheer wars tu. Ada akak fasi tu cakap macam ni. 

"Korang buat je gedik-gedik. Biarkan budak lelaki menyampah. BIARKAN."

Highlight sikit. 

Masa tu rasa macam. Oh, rupanya games ni nak ajar budak perempuan jadi gedik? 

Nasib baik kalah. Yeah. Tapi geram dengan lelaki sebab gunakan cheers yang mengutuk perempuan.

"BALIK. BALIK. BALIK CENDEKIA BALIK. MUKA SAJA CANTIK TAPI OTAK MACAM ITIK".

Bursttt darah kat jantung. Saki hati saya dengar. Cendekia tu nama Kluster saya. Kluster blok asrama. Hangus jantung dibuatnya. Yang tak menahannya, masa games tu, Tuan pengarah jadi Pengadil. Wuihh. 

Lesson : Jangan ikut sangat cakap fasi. 

***

Bila dah habis orientasi. Rasa best gila. Sebab nak belajar. Bukan nak orientasi. Saya terima yang baik, tapi susah nak menerima yang acah-acah baik. *Buat-buat faham*.

Masa orientasi nak mandi petang pun tak ada masa. Bayangkanlah. Diorang lepaskan kami dari dataran perpatih tu, pukul 6:30, jalan nak ke asrama dah 15 minit. Kena beratur balik pkul 7:10. Hmmm. 

Bayangkan. 

Konklusi : Bijak kanlah diri mengatur masa. 

Akhir kata. Bila nak putus asa ke apa, saya ingat kata Abg Badr, 

"Its All About Your Mind." 

Pidato kak Zu tu, dah hafal. Best. Bersemangat. 

Semua think positive. Isnin ni, Kehidupan di kolej bermula. Pelajaran di kolej juga bermula. Doakan. 

Hashtag Deklarasi Positif Pagi, insyaAllah tak tinggal. Sentiasa berada di buku nota saya. 


No comments: