Saturday, August 2, 2014

Ahlan Ya Syawal

Bismillahirahmanirrahim.

Menjelang Hari Raya yang mulia ini semakin membuak dihati ini untuk menyapu sawang-sawang di blog ini.

Al-maklumlah. Buzy manjang. Assignment bertimbun. Kelas non-stop. Kuliah berjam-jam. Begitulah hidup seorang student Matrik.

Banyak juga mengeluh. Tapi pabila teringat akan umi dan ayah, kembali kepada asas ( baca: back to basic) .

Tugas saya sekarang hanya belajar. Bukannya kena fikir tentang keluarga. Soal anak. Soal duit. Apa perlu saya buat hanyalah belajar. Hanyalah menunaikan tanggungjawab saya sebagai seorang anak.

Sememangnya menuntut ilmu itu adalah satu kewajipan. Tetapi, tak lupa juga tugas saya sebagai seorang khalifah. Berat amanah tu. Saya takut apabila disoal dikubur nanti.

Apakah yang saya telah sumbangkan kepada agama. Isu peperangan di Gaza sangat memberi kesan kepada kita semua. Tapi apa yang saya bantu? Saya bercita-cita menjadi syahid. Tetapi saya tak mampu merealisasikan cita-cita itu.

Hanya tersemat disanubari. Saya hanya mampu mendoakan kemenangan ummat Islam. Pasti ada hikmah semua ini berlaku. Allah tak akan sengaja memberikan dugaan seberat itu kepada saudara kita di sana.

Bersempena hari raya ini, saya ingin memohon maaf atas segala kesilapan saya. Terkasar bahasa. Terguris jiwa. Ampunkan saya. Halalkan makan dan minum saya. Ilmu yang telah dicurahkan kepada saya. Mohon.

Doakan kejayaan saya dunia dan akhirat. Kejayaan di exam yang akan datang ini. 12 Ogos 2014. Semoga saya cemerlang. Doakan saya kuat untuk menempuh dugaan dan cabaran.

Semoga dapatlah saya meniti jalan yang lurus bukan terpesong. Doakan supaya iman saya kuat.

Biizdnillah. Jzkk.

Assalamualaikum.

No comments: